:: bEtterfun23 Bio-o-Data ::
Name
Nasrul Hanis Manzahari
Age
18 +
E-mail
betterfun23@yahoo.com
Hobby
Reading, writing, surfing
Live
Impiana Park
Love
Pa, Ma and laicikang
Current Place/Programme
Cenfas IIUM PJ - AED
History
Ex-SMK Agama Baling (01-05)
Ex-5 al-Kindy '05
Ex-Persijilan DQ/UIAM 06/07
Ambition
City Planner
Interest
Multimedia, Music, Conspiracy
My Other Links
better-fun@Blogspot
Topup-23 Website
Friendster
^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^ ^_^
|
 |
Monday, April 28, 2008
Kisah Yang Tersusun & Disusun
Kehidupan membawa kisah tersendiri. Tiada kehidupan tanpa kisah. Dan tiada kisah tanpa kehidupan. Simbolik kehidupan adalah dengan kisah. Ketika kita sama-sama, menjalanai kehidupan di alam yg fana' ini, kita mnegisahkan kehidupan dan kehidupan mengisahkan kita.KENAPA?Kerana kita adalah di dalam kisah. Dan kita masing2 ada kisah yg tersendiri.KISAH YANG TERSUSUN & DISUSUNSiapa kita untuk menyusun kisah sendiri dan kenapa kita menyusun kisah kita sendiri? Kita menysun kisah untuk melihat kisah kita masa hadapan. KIta susun sendiri dan itulah kisah yang akan kita lalui. Tetapi tiada yg dapat menghalang kisah kita yg disusun. (Itukah TAKDIR?)KIta membawa kisah sendiri.Kisah kita dari sebelum hidup hinggalah selepas mati.Kisah kita disusun. Sendiri ataupun diberi.Kisah kita adalah kisah yg tersusun rapi.Kita di dalam dua kisah - kisah yang tersusun & yang disusun.
Posted at 11:22 am by betterfun23
Saturday, February 02, 2008
salam.. seorg shbtku pnah btyakn..knapa membaca yasin?.. duhai shbt..inilah 'rahsia'nya..
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Posted at 01:36 pm by betterfun23
Permalink
Seorang gadis itu... Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya...
Seorang gadis itu... hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
Seorang gadis itu... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya...
Seorang gadis itu... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya...bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
Seorang gadis itu... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.
Seorang gadis itu... perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya...
Seorang gadis itu... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
Seorang gadis itu... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya... kerna..
seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu... anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu... tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah...
Seorang gadis itu... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI
Posted at 01:34 pm by betterfun23
Permalink
ingatkah kita??
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1)
Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur.
Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah.
Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif. Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam iaitu kekayaan bukanlah faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil dalam negara yang banyak tetapi ia tidak membantu dalam membentuk umat Islam yang bersatu serta menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri.
Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.Sejarah Isra' dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra" itu.
wallahu'alam
Posted at 01:32 pm by betterfun23
Permalink
Artikel ni ana dapat daripada seorang sahabat semasa seisi menziarah blog2 td, dan ana kira cukup bagus untuk memberi pedoman buat pembaca..moga-moga diberi taufiq dalam penghayatan pembacaan.Insya ALLAH…..Ameen.
---------------------------------------
Teringat dialog antara sahabat seperjuangan (yang mungkin tidak berapa mengerti akan hakikat 'izzah atau nilai harga diri seorang muslimat, dan hakikat ikhtilat [pergaulan ikhwah/akhawat] yang sewajarnya dijaga rapi)
Muslimin A: Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas semacam je..kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka..dahla kerja sama-sama untuk program ni..Dia tak suka ana ke? Muslimat B: Habis tu enta nak macam mana? Muslimin A : Cuba lah lembut-lembut sikit.. dia kan perempuan?
Pemerhati dari jauh : (oouh? lembutkan suarakah maksudmu? manjakan lirikan kah maksudmu? Bukankah itu menggadaikan keizzahan seorang muslimah? atau aku yang tidak faham apa kehendak sebenarmu? atau aku yang bersangka buruk?)
Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara.
Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab? Berbicara di sini saya fokuskan kepada adab berbicara antara ikhwah dan akhawat. Allah SWT menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram :
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)..." (Al-Ahzab : 32)
Ibnu Kathir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul `Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri nabi bahkan kepada semua wanita- wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.
Manakala Al- Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara yang tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik. Sudah sering kali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai 'biah solehah' , namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga.
Kenapa ini harus berlaku apabila kita suburkan cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang ? Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani 'memperkosa' suasana murni yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya.
Di hati ini, hanya tuhan yang tahu (maaf Unic, senikatamu kupinjam tanpa kebenaran) pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak yang mampu diukur oleh pembaris 30 cm, diselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis suasana di sekolah menengah. Mana lagi maruah sebagai pejuang Islam ?
Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda meruntuhkan kredibiliti anda sebagai bakal pemimpin? Tidak malukah anda memperlihatkan kepada orang lain betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda tidak layak untuk digelar sebagai pejuang Islam?
Pejuangkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita ?!!
Kepada siswi, tentu sekali kita ingin bertanya, tidak aibkah anda mendedahkan kelunakkan suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di malam yang pertama? Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai jubah luaran namun tidak 'menjubahkan' hati dan peribadi. Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinyasemata-mata kerana kelunakkan suaramu? Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya sudah merosakkan 'dara' suaramu..? Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya..?
Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram? Anda bangga dengan perbuatan itu?
Terpulang !!
Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan hanya kerana malu kepada mata-mata yang memandang. Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi yang penuh dengan sikap kepura-puraan, tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita benarkan diri kita merobohkan pagar IMAN !
Tanyalah diri sendiri, layakkah aku digelar pejuang ?! Dalam kelemahan diri yang begitu banyak, kita lantas melabelkan diri kita sebagai pendokong kebangkitan Islam, tidak malukah kita?!! Kita akan mendapat jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan. Sudah ramai di luar sana yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita memilih untuk turut menjadi mereka ?
Sepatutnya kita sudah cukup untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik.
Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini,secara ikhlas ingin saya nyatakan, kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu. Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu siswa-siswi perlu 'dimarahi' terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan khususnya golongan yang sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).
Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh temeh di tengah- tengah cabaran globalisasi menuntut kita berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang besar di dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah.
Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan prinsip dan idealisme. Namun,kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi? Dan kalau tidak kita,siapa lagi ?!!
" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..kita tidak sendirian.." "
Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk, kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang..."
_____________________________________________________________
Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kerna kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami.. Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur.. yang kian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati….
wassalam
"Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Atmim Bilkhair, Ya Kareem, Ya Rahim , Ya Allah"
Posted at 01:30 pm by betterfun23
Permalink
Thursday, January 31, 2008
Islam & IT
Oleh : Mohd. Nasrul Hanis bin Manzahari
http://better-fun.blogspot.com
Pada era kemodenan ini, kita dapat melihat kemajuan yang begitu pesat dalam industri teknologi, khususnya industri teknologi maklumat. Hal ini merupakan suatu perkara yang tidak dapat dibendung lagi, bahkan disambut dan dialu-alukan oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Industri teknologi maklumat ataupun yang kita kenali sebagai Information Technology (IT) telah berkembang pesat di serata dunia di dalam pelbagai aspek merangkumi software, hardware, blogging dan bermacam-macam lagi. Hal ini merupakan suatu petanda yang positif kerana ia memberi peluang kepadas setiap individu untuk meluaskan pandangan dengan mendapatkan pengetahuan dari serata dunia dalam jaringan yang tidak terbatas.
Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya memandang kemajuan ini seiring dengan pandangan Islam yang berlandaskan syarak. Justeru, ciri-ciri yang dibawa teknologi maklumat ini perlulah disesuaikan dengan kehendak syarak. Sesetengah dari kita tidak mahu menerima kehadiran teknologi maklumat ini dengan alasan ianya membawa pelabagai perkara negative. Harus jua diingat, teknologi maklumat juga membawa 1001 manfaat kepada dunia Islam. Kemajuan teknologi maklumat telah memberi tapak kepada laman-laman web berunsurkan Islam seperi www.iluvislam.com, www.al-ahkam.net dan sebagainya. Selain itu, software yang membantu umat Islam kini dapat kita lihat begitu pesat di pasaran, malah boleh dimuat turn dari Internet sperti software azan, e-book 40 Hadis Sahih dan sebagainya. Kita sendiri diajak untuk menuju kejayaan setiap kali azan berkumandang di dalam laungan “Hayya ‘alal falah” yang bermaksud ‘Marilah menuju kejayaan”.
Namun begitu, kita juga harus sedar bahawa teknologi maklumat juga membawa impak negative kepada umat manusia. Laman-laman web yang berunsurkan lucah dan berbau perkauman misalnya, telah membawa pelbagai masalah kepada masyarakat moden ketika ini. Justeru, kita sebagai seorang Muslim haruslah memilih pilihan yang halal berlandaskan hukum syarak dan mengelakkan diri dari terjebak ke dalam kemaksiatan menerusi teknologi maklumat ini, kerana kita meyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat setiap gerak geri kita, walau di mana sahaja kita berada.
Kesimpulannya, Islam tidak bercanggah dengan kemajuan teknologi maklumat, dengan syarat kemajuan yang dikecapi itu tidak bertentangan dengan syarak yang dilandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
CFSIIUM PJ, 31 JANUARI 2008, 9:16PM
Posted at 09:39 pm by betterfun23
Permalink
Wednesday, November 07, 2007
Bismillah.. lama x update kat blog ni..
Sekarang ni cuti sem 1.. final exam?. hehe.. Alhamdulillah.. boleh la tahan.. result kluar 14hb ni kot..
Aku baru melawat hidir kelmarin.. semoga dia cepat sembuh.. Amin
Oh ya.. sebelum terlupa.. plz contribute to my new blog at Blogspot..
http://better-fun.blogspot.com
# Peace.. ^_^
Posted at 03:20 pm by betterfun23
Tuesday, October 09, 2007
a LoNg TiMe HeRe : bALik KaMpUnG!!!
Fakta : Aku x balik kampung sejak daftar kat UIA PJ (24/6/2007)
Kronologi ------------- Bulan lepas : Aku pesan tiket bas kat Ex.. rupa2nya dia balik dengan abg dia.. huhu T_T
3 minggu lepas : Aku amik keputusan nak balik dengan maksu.. yeha!
2 minggu lepas : Aku dimaklumkan maksu dapat cuti malam raya.. so kena balik malam raya.. (oh.. tidak!!!!)
Minggu lepas : Aku dah pasrah T_T - malam raya pun malam rayalah.. rupa2ny time iftar xsmkab tu.. Allah nak bagi rezeki kat aku.. pait ya ada tiket 9hb sedangkan dia nak balik 8hb.. dia xtau nak lelong tiket tu kat sapa..
masalah dia = rahmat untuk aku
----> maka aku pun membeli tiket itu.. hehe.. Alhamdulillah...
Malam ni : aku kluar g pegi jalan duta dengan mat saving + junior2 aku..
Alhamdulillah.. semoga selamat sampai.. peace...
Posted at 02:11 pm by betterfun23
Thursday, September 27, 2007
Posted at 04:15 pm by betterfun23
Tuesday, September 18, 2007
sOmEtiMeS wE FaLL :: T-sQuArE aKu HiLanG!!
Bismillah..
sebenarnya xnak masuk cc pun hari ni.. aku nak siapkan keja g.c.
tapi.. bila aku jenguk bawah katil... arghh!!!
..T-Square aku hilang!!
huhu.. terus hilang mood... T_T
nasib baik ada orang sabarkan aku.. =>
well.. kalau kita kehilangan sesuatu n bersabar dengannya.. InsyaAllah Allah akan ganti dengan yang lebih baik...
# sabar.. sabar.. ana so'im - saya berpuasa.. (ayat ustaz zul)
Posted at 06:10 pm by betterfun23
|